Tentang Kami

Solusi GalleZone

Perjalanan yang diinpirasikan dari penciptaan.

Kami adalah syarikat pengurusan kandungan digital global yang membantu jenama terkenal di dunia menjangkau khalayak mereka di rantau ini. Semua orang di GalleZone bersatu di bawah matlamat bersama untuk melahirkan inovasi. Kami bertekad membantu pelanggan kami menjadi jenama terbaik yang sebagaimana yang mereka impikan. Dengan GalleZone sebagai penyedia Penyelesaian Multimedia dan Digital anda, anda tidak sekadar bekerjasama seperti syarikat pengurusan kandungan lain. Kami akan menjadi penasihat yang paling anda percayai dalam perjalanan untuk menjadi yang terbaik serta menyerlah berbandingpesaing anda. Kesungguhan kami untuk menjadi yang terbaik dalam industri hanya mampu dipenuhi dengan menjadikan pelanggan kami yang terbaik di kalangan pesaing mereka.

Dengan kehadiran di lebih dari empat buah bandar utama di rantau Asia Pasifik, pengalaman kami dalam perniagaan ini tiada tandingan. Berbekalkan sejumlah besar kajian kes untuk di jadikan sebagai inspirasi, pasukan GalleZone serba lengkap dalam memberikan anda solusi yang anda ingini.

Siapakah kami

Bermula sebagai projek yang di inspirasikan oleh muzik, kami di GalleZone berjaya menjadi studio muzik yang paling laris dalam tempoh kurang dari 3 tahun. Sejak kami memulakan operasi pada 2005 dengan pengurusan multimedia, kami melaluipeningkatan yang pesat. Sejak dari itu, organisasi ini terus berkembang dan membangun pada kadar yang luar biasa. Penyertaan GalleZone ke dalam industri televisyen dan perkhidmatan muzik striming, berakhir dengan menjadi yang terbaik di setiap negara yang kami beroperasi.

Walaupun kami berbangga dengan segala pencapaian tersebut, terdapat satu yang amat menonjol. Di sebabkan permintaan dan populariti yang semakin meningkat bagi produk dan solusi kami di rantau ini, GalleZone telah dilantik sebagai rakan kongsi tempatan untuk Google HangoutsOn Air.

Negara Operasi
0
Tahun beroperasi
0 +
Jumlah jangkauan
0 M+
Kisah kejayaan
0 +

Melalui sokongan yang berterusan serta penerimaan luar biasa di seluruh rantau, formula kami terbukti adalah yang terbaik. Justeru, kami mampu menguji diri di wilayah yang belum di terokai dan berjaya menempa kejayaan. Kami adalah syarikat yang dibina berdasarkan sokongan. Berbekalkan pengalaman yang positif, pelanggan kami dari segenap pelusuk dunia membawa mesej kami sekaligus memastikan pertumbuhan kami.

Kini, Operasi kami berpusat di 5 daerah yang berbeza di rantau ini, termasuk Malaysia, Vietnam, dan New Zealand. Kami merupakan pengurusan kandungan butik dan organisasi media yang hanya berurusan dengan jenama terbaik. Kami merupakan organisasi media dengan kepelbagaian dan merangkumi skop penerbitan web, muzik, TV, dan video. Kami adalah syarikat digital dan multimedia yang penuh dengan portfolio yang berkisar tentang kisah kejayaan dari seluruh dunia.

Pekerja Kami

GalleZone tidak akan wujud tanpa enjin kreatif yang menggerakkannya. Berbekalkan budaya yang amat menggalakkan kreativiti, kami di lengkapi dengan pekerja yang terbaik dalam industri ini bagi membantu setiap langkah anda. Kami turut mempunyai kemudahan produksi muzik serta studio canggih sendiri. Senarai panjang artis persembahan kami yang sentiasa menjadi rebutan, tersedia bagi memberikan nilai tambah kepada produksi anda melalui kualiti yang tinggi, juga menepati standard antarabangsa. Antara produk tersebut termasuk dokumentari, iklan, filem pendek, dan sukan radio.

Ekosistem yang telah kami cipta dengan memberikan nilai tambah kepada semua pemegang taruh, termasuk para seniman dan juga pelanggan, adalah rahsia di sebalik kejayaan kami.

Pelanggan

Pelanggan Utama Kami